LUCY HANDLEY.CNBC.19.9.19

APAKAH pembaca kini lebih selesa membaca e-buku ataupun buku bercetak? Penemuan ini barangkali mengejutkan. Buku bercetak didapati lebih laris daripada e-buku. Demikian lapor CNBC.

Kanak-kanak sedang asyik membaca ~ foto  campacademia

Laporan Tahunan Persatuan Penerbit Buku Amerika tahun 2019 mencatat, penerbitan buku daripada pelbagai format mencapai USD26 bilion pada tahun 2018. Nilai buku bercetak yang terjual ialah USD22.6 bilion. Namun,  nilai jualan e-buku hanyalah USD2.04 bilion. Angka-angka ini mencakupi buku-buku pendidikan dan perdagangan.

Meskipun media digital dikatakan telah menganggu industri lain seperti penerbitan akhbar dan muzik, para pembaca masih menggemari buku bercetak. Demikian ulas Meryl Halls, Pengarah Urusan Persatuan Penjual Buku UK.

Membaca e-buku kini menjadi alternatif ~ foto amazon

“Saya rasa buih e-buku telah meletup. Jualannya kian menurun. Saya fikir objek fizikal lebih menguja. Para penerbit kini telah menghasilkan buku-buku yang menarik. Rekabentuk kulit buku makin kelihatan cantik,” katanya kepada CNBC.

Pembaca pula suka mempamer apa yang mereka telah baca. “Peminat buku suka merakam apa yang mereka dah baca kerana mereka ingin beri isyarat kepada dunia. Ia ada kena mengena dengan cara mendekorasi rumah. Mereka mahu rumah mereka menggambarkan diri mereka.” Buku adalah sebahagian dari diri mereka.

Meskipun Gen Y dikatakan telah membunuh industri, tetapi golongan muda pula yang telah mempopularkan semula versi cetakan. 63 % buku cetak dibeli oleh mereka di bawah usia 44 tahun. Sebaliknya 52 % pembaca e-buku adalah mereka yang melebihi usia 45 tahun. Demikian menurut laporan syarikat penyelidikan pasaran, Nielsen.

Buku kini menjadi dekorasi untuk menggambarkan tuan rumah ~ foto tripadvisor

Gambaran yang hampir sama diperolehi di AS. 75 % mereka di usia 18-29 tahun berkata mereka telah membaca buku cetak pada tahun 2017.

Mengenai masa depan buku, semua format akan terus digunakan, menurut Jacks Thomas, Pengarah The London Book Fair. “Manusia sentiasa mahukan pengetahuan dan mereka juga perlukan cerita. Daripada sudut pandang begitu, saya berasakan industri buku masih kukuh.”

“Adalah menarik untuk melihat bagaimana bentuk bilik darjah pada masa hadapan. Ini menentukan bagaimana generasi masa depan berinteraksi dengan perkataan.

Apakah esok, buku cetak akan mendapat tempat di dalam bilik darjah ~ foto leg.state.mn.us

Apakah ia perkataan-perkataan yang diucap? Tetapi cerita dan pengetahuan akan kekal. Inilah yang mesti ditangani. Justeru, buku dalam apa jua format masih mempunyai masa depan yang kukuh.”

Jom baca artikel asal CNBC:
https://www.cnbc.com/2019/09/19/physical-books-still-outsell-e-books-and-heres-why.html

Jom tengok Video The benefits of Reading:
https://www.youtube.com/watch?v=xqMozc4K4pg