LAPORAN Penggunaan Internet oleh Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia pada 2018 menunjukkan, peratus pengguna internet kian meningkat iaitu 87.4% pada tahun 2018 berbanding dengan 76.9% pada tahun 2016. Telefon pintar adalah alat yang paling banyak digunakan. Sembilan daripada sepuluh pengguna internet (93.1%) membuat capaian melalui telefon.

Facebook menjadi platform media sosial pilihan di malaysia ~ foto Facebooknewsroom
Facebook menjadi platform media sosial pilihan di malaysia ~ foto Facebooknewsroom

Internet menjadi medium penting yang digunakan sebagai platform perhubungan. Whatsapp dan Facebook pula merupakan aplikasi yang paling popular. Kerana itu, tidak hairanlah jika Facebook kini menjadi kegilaan, malah ketagihan sebilangan besar di kalangan kita. Dan, ia turut menjejaskan minat membaca.

Sebenarnya tak salah jika kita membaca segala catatan teman-teman di Facebook. Tetapi lebih berfaedah jika kita membaca sebuah buku. Menurut David Kadavy, seorang usahawan kreatif yang menulis buku Heart to Start, terdapat cara untuk mematikan tabiat berFacebook dan menggantinya dengan membaca buku.

 David Kadavy, penulis heart to Start ~ foto MarkMcGusiness
David Kadavy, penulis heart to Start ~ foto MarkMcGusiness

Caranya, kita perlu kenalpasti apakah yang membuatkan kita mahu membuka Facebook. Apakah kerana kita bosan, membaca sambil berjalan ke kenderaan ataupun berasa ingin tahu apa yang sedang berlaku pada dunia mahupun bila kita ingin menangguh dari melakukan sesuatu. Kita perlu kenalpasti apakah sebabnya.

Kemudian, beri peluang kepada diri untuk membaca secara santai. Tidak perlu membaca sebuah bab untuk menjadikan membaca sesuatu yang berbaloi. Sebaliknya, baca sahaja apa yang sempat.  Tujuannya ialah untuk mematikan gian membaca Facebook.

Setiap kali perasaan kita merenyam untuk berFacebook, capai sebuah buku; bukannya telefon anda. Buat permulaan, bagus bila kita jadikan naskhah buku sebagai alat untuk memintas perasaan gian itu. Kemudian susun kembali ikon di telefon untuk membelakangkan ikon Facebook tetapi nampakkan ikon Kindle, misalnya.

Buku kini boleh dibaca dari telefon ~ foto BusinessInsider
Buku kini boleh dibaca dari telefon ~ foto BusinessInsider

Dengan cara itu, kita akan teringatkan buku dan bukannya Facebook atau apa-apa media sosial lain seperti Twitter atau Instagram. Kalau kita hendak ambil tindakan yang lebih mencabar, padamkan sahaja Facebook. Ia menjimatkan penggunaan bateri.

Gantikan apa sahaja yang kita rasa mencuri banyak masa. Kembalilah membaca. Dalam kes ini gian Facebook boleh diubati dengan membaca!

Artikel di atas kecuali perenggan pertama dan kedua diterjemahkan dari artikel tulisan Alan Henry, dari The LifeHacker, 12.4.19: https://lifehacker.com/use-your-facebook-habit-as-inspiration-to-read-more-boo-1789285132