Bahasa: Bahasa Inggeris
Genre: Kanak-Kanak
Penerbitan: 2017, DrBashi
Halaman: 48
Penulis: Golbarg Bashi (Twitter)
Illustrator: Golrokh Nafisi
The Very Hungry Caterpillar ialah buku bergambar kanak-kanak yang ditulis dan dilukis oleh Eric Carle. Mula diterbitkan pada 1969, ia mengisahkan bagaimana seekor ulat bulu yang menetas dari telur dan mula makan apa sahaja yang ditemuinya. Akhirnya, ulat bulu ini membesar gemuk dan membina kepompong di sekeliling dirinya sebelum akhirnya muncul sebagai rama-rama yang cantik.
Buku ini terjual lebih 50 juta naskhah di seluruh dunia dan dikenali sebagai salah sebuah buku kanak-kanak yang paling hebat di sepanjang zaman.
Terdapat beberapa buah buku lain yang berkaitan dengan buku asal sebagai versi alat bantuan belajar seperti buku mewarna, mengeja dan kraf. Cerita di buku ini juga biasa menjadi tajuk pementasan.
Menurut Eric Carle, “The Very Hungry Caterpillar adalah salah sebuah daripada 70 buah buku yang pernah saya tulis dan lukis. Pada akhir tahun 60an, apabila saya melukis untuk buku Bill Martin berjudul Brown bear, Brown Bear, What Do You See saya mula berminat untuk menulis dan melukis buku kanak-kanak.”
Buku ini kembali popular kerana tahun ini merupakan ulangtahun ke-50 penerbitan buku ini.
Berita terkini mengenai Eric Carle, buku The Hungry Caterpillar dan pameran ada di website rasmi Eric Carle di : http://www.eric-carle.com/home.html