Site icon LayarMinda

Menarik! Buku Cara Mengemas oleh Marie Kondo

Buku the life-changing magic of tidying up oleh Marie Kondo
Buku the life-changing magic of tidying up oleh Marie Kondo

MESKIPUN kita selalu berkemas di rumah, beberapa hari kemudian, rumah akan berselerak semula. Kerja mengemas yang berulang ini begitu memenatkan. Adakah cara menyelesaikan masalah ini? Kalau ada, bagaimana pula caranya?

Jangan bimbang. Mari kita berkenalan dengan Perunding Pembersihan Jepun, Marie Kondo. Beliau memberi makna kepada ilmu berkemas yang menjamin, jika kita dapat mengemas rumah secara yang betul, kita tidak perlu lagi melakukannya berulangkali. Wah!

Marie Kondo, pengasas Teknik KonMari

Kebanyakan tekniknya ialah dengan mengemas dari bilik ke bilik dan secara sedikit demi sedikit. Dengan cara itu kita tidak perlu berkemas lagi sampai bila-bila. Boleh percaya ke?

Teknik KonMari, iaitu pendekatan sistematik akan menghasilkan kesan kekemasan yang berpanjangan. Malah, perkongsian ilmu ini melalui bukunya ‘Tidying Up with Marie Kondo’ memanjat carta  #1 New York Times dan kini menjadi rancangan popular di Netflix.

Panduan mengemas Marie yang terperinci dengan mengutamakan mana satu item yang menceriakan, fenomena terkini gaya hidup Tokyo ini akan membantu anda untuk berasa seronok bila kediaman anda menjadi kemas dan menenangkan.

SIAPA MARIE KONDO

Marie Kondo amat suka berkemas sejak kecil lagi. Malah, beliau mula menjadi perunding mengemas pada usia 19 tahun. Kini beliau membantu mereka untuk mengubah kediaman yang berselerak menjadi sebuah kediaman yang damai.

Kepakaran Marie ini telah mendapat liputan lebih 50 rangkaian televisyen dan radio di Jepun. Di peringkat antarabangsa, kemahiran beliau muncul di akhbar

The New York Times, The Wall Street Journal, The Times of London, Vogue, Ellen, dan the Rachael Ray Show. Kini beliau tersenarai sebagai ‘Time Magazine’s 100 most influential people.‘

Piccredit:

twentytwoworld/people.com/greenpeace.org

Exit mobile version