APABILA katedral Notre Dame dijilat api pada 15 April lalu ia adalah berita yang menggemparkan. Dua pertiga daripada bumbung gereja yang berusia lebih 850 tahun itu hangus.
Namun, di sebalik kisah tragedi itu, ia telah melonjak naik karya sastera klasik Victor Hugo dari abad ke-19. ‘Notre-Dame de Paris’ atau naskhah yang terkenal dalam bahasa Inggerisnya, The Hunchback of Notre Dame telah melonjak ke senarai teratas dan novel terlaris dalam talian Perancis.
Menjelang pagi Rabu, dengan pelbagai edisi berbeza, novel yang terbit pada tahun 1831 itu menduduki slot pertama, ketiga, kelima, ketujuh dan kelapan dalam senarai buku laris Amazon France.
Warga Paris amat bersedih dengan rentungnya katederal yang bersejarah lagi ikonik itu. Barangkali mereka mencari ketenangan dengan mengimbau kenangan melalui kesusasteraan sepertimana yang berlaku pada November 2015.
Pada tahun itu, apabila serangan ganas berlaku di kafe Perancis, novel karya Ernest Hemingway ‘A Moveable Feast’ yang berlatarkan kafe dan bar pula menjadi buku terlaris di Perancis.
NOVEL Notre-Dame de Paris yang lebih dikenali di dalam dunia berbahasa Inggeris sebagai The Hunchback of Notre Dame (Si Bongkok Notre Dame).
Novel 11 jilid epik Victor Hugo ditulis pada tahun 1482. Ia menceritakan kisah gadis Gipsi yang cantik Esmeralda, yang mencuri hati ramai lelaki – terutamanya Si Bongkok Quasimodo, seorang pemuda pemukul loceng separuh buta dan pekak dari Notre-Dame.
Novel ini menjadi salah sebuah novel klasik dan dikreditkan sebahagian besarnya dalam membantu pengubahsuaian besar katedral yang runtuh pada pertengahan abad ke-19. Katedral ini disiapkan oleh arkitek Jean-Baptiste-Antoine Lassus dan EugËne Viollet-le-Duc.
Berita berkaitan: Kerana Jualan Novel Laris, Penjual Mahu Penerbit Hulur Derma
Sumber: The Guardian