Bogota ialah ibu negara Colombia yang terkenal dengan jolokan ‘La Atenas Suramericana’ yang bermaksud Athens Amerika Selatan. Ia merupakan sebuah bandar yang tinggi nilai kebudayaan dan keilmuannya sejak abad ke 19.
Terletak di tengah negara Colombia, bandaraya ini berada di altitud tinggi. Bogota merupakan ibu negara ketiga tertinggi altitudnya (2640 meter) selepas Quito, Equador(2,850 meter) dan La Paz, Bolivia(3,640 meter).
Bogota juga merupakan salah sebuah bandar yang pernah diberikan penghormatan sebagai World Book Capital City pada tahun 2007. (Untuk rekod: Kuala Lumpur pula akan mendapat penghormatan tersebut daripada UNESCO pada tahun 2020).
Bandaraya Bogota penuh dengan aktiviti-aktiviti kebudayaan, keilmuan dan kesenian. Antaranya ialah Ibero-American Theater Festival, Taman Botani Bogota dan Festival Kesenian Antarabangsa.
Bandaraya Bogota penuh dengan aktiviti-aktiviti kebudayaan, keilmuan dan kesenian. Antaranya ialah Ibero-American Theater Festival, Taman Botani Bogota dan Festival Kesenian Antarabangsa.
Tidak dilupakan, Pesta Buku Antarabangsa Bogota, Feria Internacional del Libro de Bogotaatau dikenali sebagai FILBo. FILBo 2019 akan bermula pada 25 April sehingga 6 Mei ini. Pesta buku ini telah diadakan sebagai acara tahunan sejak dari tahun 1987 lagi! FILBo juga dikenali sebagai salah satu acara terpenting dalam dunia berbahasa Sepanyol!

Selain itu, Bogota juga mempunyai 58 muzium, 45 teater dan 70 galeri seni. Perpustakaan awam yang ada di Bogota antaranya ialah Perpustakaan Luis Angel Arango. Perpustakaan ini ditubuhkan oleh seorang peguam dan ahli perniagaan dan dinamakan dengan namanya sendiri. Perpustakaan ini sahaja mempunyai 1.5 juta bahan bacaan dan dikunjungi sehingga 6.7 juta pengunjung setahun!