Kalau sebelum ini kita tahu Master Thriller Malaysia, Ramlee Awang Murshid nak filemkan Banja Manggala, novelis thriller terkenal, Stephen King nampaknya masih ingin meneruskan usahanya menterjemah naskah-naskhah novelnya ke layar kaca dan juga layar perak. Terkini, Stephen King mengadaptasi sendiri novel paling popularnya pada tahun 2006, Lisey’s Story menjadi siri lapan episod di AppleTV+.

Lisey’s Story berkisar kepada Lisey, seorang janda kepada novelis terkenal Scott Landon. Beliau secara tidak sengaja telah terbongkar kisah silam mendiang suaminya tatkala mengemas sudut karya suaminya. Beberapa kejadian aneh mula berlaku. Kesemuanya menghidupkan kembali kisah silam Scott Landon, yang sebenarnya seorang pesakit mental.


Dapatkan Lisey’s Story di sini:

Stephen King adalah juga seorang ahli perniagaan yang bijak. Untuk Lisey’s Story, beliau bekerjasama dengan pengarah dan produser filem J.J Abrams. J.J. Abrams terkenal dengan siri TV Lost dan Alias. Beliau turut terkenal dengan filem blockbuster seperti Mission Impossible dan Star Wars.

Beliau mendapatkan khidmat Julianne Moore, seorang pelakon Hollywood yang pernah membintangi filem-filem blockbuster. Dalam filem seperti The Hunger Games dan Jurrasic Park ~ The Lost World beliau memainkan peranan sebagai watak utama.

Kulit Depan Lisey’s Story, Stephen King dan Julianne Moore

Setakat ini, Stephen King telah mengadaptasi hampir 80 karya-karyanya menjadi drama TV mahupun filem. Banyak naskhah-naskhah karyanya berjaya di box-office. Di antaranya ialah Secret Window, Dreamcatcher, Carrie dan The Shining.

Piccredit: Wikipedia/Google